Tuesday, November 27, 2012
KATA NAMA DIRI
1. “_______ mestilah berlatih dengan tekun untuk menjadi johan perlawanan futsal itu,” kata Radzi kepada kawan-kawannya.
A. Kami B. Kita C. Kalian D. Saya
2. “_______ yang membawa buku-buku latihan itu ke bilik guru,”kata Salina dan Wahidah kepada Cikgu Salimah
A. Kami B. Kita C. Mereka D. Kamu
3. “Kalau semuanya sudah bersedia, lebih baik _________ bertolak sekarang,” kata Cikgu Yusuf kepada anak-anak muridnya.
A. kalian B. kamu C. kita D. kami
4. “ __________ amat teliti menjalankan tugas,” kata Dahlan kepada Meng Hong tentang ketuanya, Datuk Nordin.
A. Saya B. Kami C. Mereka D. Beliau
5. Oh, Tuhan berikan petunjuk kepada _______ untuk menyelesaikan masalah itu!
A. saya B. aku C. hamba D. kami
6. “Titah ______ akan patik tunaikan,”kata bendahara kepada raja.
A. tuanku B. beta C. baginda D. hamba
7. “Selamat pagi, ________. Sila berikan saya lima keping setem yang berharga 30 sen,” kata Ah Seng kepada pegawai pejabat pos.
A. saudara B. tuan C. encik D. anda
8. “Maafkan saya, siapakah nama________?” Tanya Encik Lim kepada seorang gadis yang mengetuk pintu.
A. encik B. saudara C. saudari D. puan
9. “Ampun _______, patik terlihat beberapa orang asing telah menyusup masuk ke istana,”kata panglima Hussein kepada raja.
A. beta B. tuanku C. baginda D. hamba
10. “ Apakah pendapat ________ tentang dasar yang baru dilaksanakan itu?”kata bendahara kepada temenggung.
A. patik B. hamba C. tuan hamba D. tuan
11. “Bagaimanakah kalau _______ membeli sebuah rumah di sini ?” Tanya Encik Leong kepada isterinya.
A. kita B. kami C. kamu D. kalian
12. “________ dijemput menonton rancangan ini,” kata pengacara televisyen itu.
A. Anda B. Kamu C. Awak D. Kita
13. “ ________ nak beli apa?” Tanya pekedai itu kepada emak Siew Tin.
A. Cik B. Encik C. Tuan D. Puan
14. Sejak kemangkatan_____________, negara itu menjadi kucar-kacir.
A. beta B. beliau C. baginda D. dia
15. “Tuhanku, ________ berkatilah aku,” doa Mak Cik Jeya.
A engkau B awak C tuan D tuanku
Subscribe to:
Posts (Atom)