1. Ali masih bermain bola sepak di padang ________ hari hendak hujan.
A. apabila B. kerana C. walaupun D. bila
2. Adik menonton rancangan televisyen __________ makan kentang goreng.
A. lalu B. tetapi C. kerana D. sambil
3. Abang mencuci kereta di halaman rumah _________ kakak menyiram pokok bunga.
A. manakala B. apabila C. lalu D. setelah
4. Kok Seng tidak lagi menaiki bas sekolah ke sekolah _________ ayahnya membelikannya sebuah basikal baharu.
A. sementara B. semenjak C. apabila D. kecuali
5. Mei Hua yang rajin membaca buku cerita _________ menunggu ibunya menjemputnya di sekolah.
A. kerana B. sementara C. supaya D. sambil
6. Restoran dibuka setiap hari __________ hari Isnin.
A. setelah B. kecuali C. sekiranya D. jika
7. Kanak-kanak itu lari bertempiaran _________ dikejar oleh angsa yang garang.
A. apabila B. kecuali C. supaya D. jika
8. Ibu mengutip baju-baju kotor itu ________ memasukkannya ke dalam mesin basuh.
A. apabila B. atau C. serta D. lalu
9. Pertandingan bola sepak itu akan ditundakan _________ hujan turun dengan lebat.
A. kerana B. jika C. apabila D. setelah
10. Encik Osman berjanji akan berkhidmat dengan dengan orang kaya itu ________ khidmatnya diperlukan.
A. selagi B. apabila C. jika D. manakala
No comments:
Post a Comment