Tuesday, November 27, 2012

KATA NAMA

1. Mak Inang sedang memetik beberapa kuntum __________ di taman.
A. daun        B. bunga          C. pucuk       D. buah

2. Pelancong-pelancong terpegun apabila melihat _________ yang sedang menguning ketika berkunjung ke negari Kedah.
A. serai 
        B. tebu         C. buluh         D. padi

3. Murid-murid Tahun Lima Merah sedang berlatih memukul _______ untuk persembahan pada Hari Guru nanti.
A. gitar 
        B. gendang         C. piano         D. biola

4. Para penumpang di dalam ________ dilayan dengan baik oleh pramugari.
A. kapal 
        B. bas         C. pesawat         D. teksi

5. Abang Tony bekerja sebagai ________ di bengkel kawannya sejak dua bulan yang lalu
A. mekanik 
        B. doktor         C. guru         D. kelasi

6. Kelip-kelip ialah sejenis ________ yang mengeluarkan cahaya pada bahagian ekornya.
A. serangga 
        B. binatang         C. burung         D. kuman

7. Nenek telah membela beberapa ekor ayam di dalam ________.
A.kandang 
        B. sangkar         C. reban         D. rumah

8. Kami menunggu di ________ untuk menaik feri ke Pulau Tioman.
A. jeti 
        B. lapangan terbang         C. perhentian bas         D. tepi jalan

9. Adik saya suka bermain ________ di taman permainan kanak-kanak.
A. ski 
        B. buaian         C. alat mainan         D. papan luncur

10. Kakak membantu ibu menumbuk cili dengan sebuah _________.
A.batu lesung
         B. pisau         C. papan         D. kuali


                                                                                        
                                          

KATA SENDI NAMA

1.  Pelancong _________ Jepun sedang memilih beberapa helai kain batik untuk dijadikan oleh-oleh.
      A. oleh           B.   dari          C. daripada          D. dengan

2.  Fatimah sangat rindu _________ neneknya yang berada di kampung.
      A. kepada       B. pada          C. akan            D. ke

3.  Kek hari jadi adik yang sedap itu dibuat _________ ibu.
      A. daripada     B. dari           C. untuk           D. oleh

4.  Layang-layang adik yang baru dibeli itu tersangkut __________ pokok yang tinggi.
      A.  di               B. pada          C. kepada        D. ke

5.  Perabot yang dijual di kedai perabot itu semuanya diperbuat ___________ kayu jati.
      A. dari            B. daripada     C. untuk          D. demi

6.  Bapa telah membeli sebentuk cincin berlian ________ ibu sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-20.
      A. untuk         B. kepada        C. ke               D. demi

7.  Kita haruslah bersenam setiap hari __________ kesihatan kita.
      A. kerana       B. untuk           C. demi          D. kepada

8.  Pak Kassim sanggup bekerja ________ pagi ________ malam untuk menyara kehidupan keluarganya.
      A. daripada ...sampai          B. daripada...hingga          C. dari....sampai         D. dari....hingga

9. Perdana Menteri menyaksikan perjanjian persefahaman ________ kedua-dua buah syarikat perkapalan itu di Putrajaya.
     A. dengan       B. untuk           C. dalam         D. antara

10. Guru kelas sedang berbincang dengan murid-murid ___________ sambutan Hari Guru akan diadakan pada minggu hadapan.
    A. tentang        B. bahawa        C. dengan       D. antara




                                                                                        
                                           

KATA PENGHUBUNG

1. Ali masih bermain bola sepak di padang ________ hari hendak hujan.
    A. apabila          B. kerana          C. walaupun          D. bila

2. Adik menonton rancangan televisyen __________ makan kentang goreng.
    A. lalu               B. tetapi            C. kerana               D. sambil

3. Abang mencuci kereta di halaman rumah _________ kakak menyiram pokok bunga.
    A. manakala     B. apabila          C. lalu                     D. setelah

4. Kok Seng tidak lagi menaiki bas sekolah ke sekolah _________ ayahnya membelikannya sebuah basikal baharu.
    A. sementara    B. semenjak       C. apabila              D. kecuali

5. Mei Hua yang rajin membaca buku cerita _________ menunggu ibunya menjemputnya di sekolah.
   A. kerana          B. sementara      C. supaya               D. sambil

6. Restoran dibuka setiap hari __________ hari Isnin.
    A. setelah         B. kecuali           C. sekiranya          D. jika

7. Kanak-kanak itu lari bertempiaran _________ dikejar oleh angsa yang garang.
    A. apabila        B. kecuali            C. supaya              D. jika

8. Ibu mengutip baju-baju kotor itu ________ memasukkannya ke dalam mesin basuh.
   A. apabila         B. atau                 C. serta                  D. lalu

9. Pertandingan bola sepak itu akan ditundakan _________ hujan turun dengan lebat.
    A. kerana         B. jika                  C. apabila              D. setelah

10. Encik Osman berjanji akan berkhidmat dengan dengan orang kaya itu ________ khidmatnya diperlukan.
    A. selagi          B. apabila             C. jika                    D. manakala





                                                                                        
                                           

LATIHAN IMBUHAH meN...i, meN...kan

1. menghadiahkan menghadiahi

a.Ayah ___________ ibu sebentuk cincin berlian sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20.
b.Ayah ___________ sebentuk cincin berlian kepada ibu sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20.


2. menjatuhkan menjatuhi 

a.Hakim _____________ pesalah itu hukuman penjara seumur hidup.
b.Hakim _____________ hukuman penjara seumur hidup kepada pesalah itu.


3. mewariskan mewarisi 

a. Jutawan itu ____________ kesemua hartanya kepada anak tunggalnya.
b. Dia telah ___________ semua harata pusaka datuknya.
c. Ali telah ___________ perangai dan sifat ayahnya. 


4. memasukkan memasuki 

a. Kami ____________ Zoo Negara setelah membeli tiket.
b. Kakak ____________ buku-buku latihan ke dalam laci.


5. mengirimkan mengirimi 

a. Encik Lim telah ______________ anaknya RM500.
b. Encik Lim telah _____________ RM500 kepada anaknya