Tuesday, November 27, 2012

KATA PENGHUBUNG

1. Ali masih bermain bola sepak di padang ________ hari hendak hujan.
    A. apabila          B. kerana          C. walaupun          D. bila

2. Adik menonton rancangan televisyen __________ makan kentang goreng.
    A. lalu               B. tetapi            C. kerana               D. sambil

3. Abang mencuci kereta di halaman rumah _________ kakak menyiram pokok bunga.
    A. manakala     B. apabila          C. lalu                     D. setelah

4. Kok Seng tidak lagi menaiki bas sekolah ke sekolah _________ ayahnya membelikannya sebuah basikal baharu.
    A. sementara    B. semenjak       C. apabila              D. kecuali

5. Mei Hua yang rajin membaca buku cerita _________ menunggu ibunya menjemputnya di sekolah.
   A. kerana          B. sementara      C. supaya               D. sambil

6. Restoran dibuka setiap hari __________ hari Isnin.
    A. setelah         B. kecuali           C. sekiranya          D. jika

7. Kanak-kanak itu lari bertempiaran _________ dikejar oleh angsa yang garang.
    A. apabila        B. kecuali            C. supaya              D. jika

8. Ibu mengutip baju-baju kotor itu ________ memasukkannya ke dalam mesin basuh.
   A. apabila         B. atau                 C. serta                  D. lalu

9. Pertandingan bola sepak itu akan ditundakan _________ hujan turun dengan lebat.
    A. kerana         B. jika                  C. apabila              D. setelah

10. Encik Osman berjanji akan berkhidmat dengan dengan orang kaya itu ________ khidmatnya diperlukan.
    A. selagi          B. apabila             C. jika                    D. manakala





                                                                                        
                                           

No comments:

Post a Comment