Tuesday, November 27, 2012

KATA SENDI NAMA

1.  Pelancong _________ Jepun sedang memilih beberapa helai kain batik untuk dijadikan oleh-oleh.
      A. oleh           B.   dari          C. daripada          D. dengan

2.  Fatimah sangat rindu _________ neneknya yang berada di kampung.
      A. kepada       B. pada          C. akan            D. ke

3.  Kek hari jadi adik yang sedap itu dibuat _________ ibu.
      A. daripada     B. dari           C. untuk           D. oleh

4.  Layang-layang adik yang baru dibeli itu tersangkut __________ pokok yang tinggi.
      A.  di               B. pada          C. kepada        D. ke

5.  Perabot yang dijual di kedai perabot itu semuanya diperbuat ___________ kayu jati.
      A. dari            B. daripada     C. untuk          D. demi

6.  Bapa telah membeli sebentuk cincin berlian ________ ibu sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-20.
      A. untuk         B. kepada        C. ke               D. demi

7.  Kita haruslah bersenam setiap hari __________ kesihatan kita.
      A. kerana       B. untuk           C. demi          D. kepada

8.  Pak Kassim sanggup bekerja ________ pagi ________ malam untuk menyara kehidupan keluarganya.
      A. daripada ...sampai          B. daripada...hingga          C. dari....sampai         D. dari....hingga

9. Perdana Menteri menyaksikan perjanjian persefahaman ________ kedua-dua buah syarikat perkapalan itu di Putrajaya.
     A. dengan       B. untuk           C. dalam         D. antara

10. Guru kelas sedang berbincang dengan murid-murid ___________ sambutan Hari Guru akan diadakan pada minggu hadapan.
    A. tentang        B. bahawa        C. dengan       D. antara




                                                                                        
                                           

1 comment: