Tuesday, November 27, 2012

OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN LIMA



Pada akhir tahun lima murid dapat:

i. mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.

ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila dalam pelbagai situasi.

iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang seuatu perkara untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan.

iv. membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu.

v. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan harian.

vi. menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan proses penulisan yang sesuai.

vii. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang cantik dan kemas.

viii. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 100 perkataan.

ix. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul.

x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan kewarganegaraan.

No comments:

Post a Comment